Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Saturday, October 20, 2012

a day at ikea

Assalamualaikum

Minggu lepas aku ada amek annual leave..2 hari..baru confirm lah kata..hehe..annual leave tersebut aku habiskan dengan mencari idea nak hias bilik pengantin.serius aku bengang dengan diri sendiri sebab lately ni aku macam ada double personality.kenapa aku cakap camtu?untuk hal2 kahwin ni aku selalu gaduh dengan diri sendiri.kejap rasa nak buat sesimple mungkin..tak nak itu,ini...tapi pastu bila excited tu datang,macam2 aku nk buat..nk buat itu,nak buat ini =.='' 

jadi bila excited itu dtanag,aku pun duk angkat2 katil,renovate itu ini dengan abah aku untuk ambil posisi paling sesuai, aku mula draft2 props apa yg perlu aku beli.dandan nak pegi ikea time tu jugak!lol!mula2 aku memang nak cari lampu pocong ikea yg memang agak wajib untuk letak dalam bilik pengantin.(refer gmbar kat bawah), 

Lampu Pocong IKEA yg sangat2 murahh!huhu


Tapi,bila fikir2 balik.....bilik pengantin aku tu x besar mana pun.kecik coet.ini serius.lampu pocong tu plak akan amek ruang...jadi,aku cuma berfikir nk tmbah props dekat dinding jelah..sebab dinding tu putih kosong je.. dan sebab bilik aku kecik,aku fikir nak letak cermin..org kata penggunaan cermin memang akan bagi ruang nampak luas sikit kan?kan?hee..jadi,aku nak carik cermin and maybe akan gantung gambar2 jelah.tapi sebab dah niat dari awal nak pegi ikea,beli 2 barang tu je pun ngada nk pegi ikea! ;p cermin and frame yg aku beli lebih kurang cm kat bawah ni haaa..;) murah2 je~




Ikutkan hati,macam2 lagi benda aku nak bubuh..tapi....sebab bilik aku kecik je..dahla bilik itu nnt aku pnjam bilik abg aku..jadi xpayah nak excited sgt2 lahh..baik aku beli brg2 utk rumah sewa nk duduk pas kawen nnt je kan?kan?heee


us :D



Geng Kapak Re-Unite

Assalamualaikum

Previously aku ada buat entry pasal Geng Kapak  {entry ini} Jadi,a day before my engagement day, Geng Kapak was re-unite.aku tau dah lama gilaa..which was almost 2 months ago..aku mmg x rajen nak apdet blog lately ni.entah apa yg busy sangat..haha..kebetulan CD gambar2 reunion lambat smpai ke tangan aku..memang bertambah2 ketidakrajinan tersebut.lol!

Dan sebab aku memang tak berapa gemar nak menaip banyak2,layan gambar je sudahhh~


at my house.bff forever! <3 font="font">



us :D


us again.semua gmbar sopan.dalam masjid punya pasal ;p


the bride and groom ;)



sayang korang semua! 

After this,besar kemungkinan untuk kitorang berjumpa lagi adalah di majlis2 perkahwinan ahli Geng Kapak yang lain.aisshh..masing2 dah besar!T____T

Till we meet again darlings!

Love *Muaahhhhxxxx!*



Sunday, September 9, 2012

status : berdarah manis

Assalamualaikum

I just want to announce that I'm officially enggaged to Mohammad Aizuddin B Abd Ghani :)

Thanks to family members yang mengerah tenaga sebelum, semasa dan selepas majlis.

Thanks to bestfriends yang datang dari  jauh, stay up tengah malam tolong buat pelamin dan tak pasal2 menjadi photoG 

Thanks to jiran2 dan saudara mara terdekat yang datang memeriahkan majlis

Thanks to Radiusite dan Anggun De Sari for made me pretty ;)

And special thanks to my fiance and his family yg datang meminang

Alhamdulillah majlis berjalan sangat lancar

Semoga perhubungan ini diberkati Allah SWT dan semoga urusan kami seterusnya dipermudahkan, InsyaAllah


Sunday, August 5, 2012

Aktiviti mendulang

Assalamualaikum


Salam Ramadhan~ pejam celik pejam celik, lebih kurang 2 minggu je nak raya.kejap je tu weh!jadi,apa aku buat ujung mnggu? taraaa..






saja je nk share...nak bagitau yang dulang hntaran tuk aku punya Eday dah siap.yeayyy! :D decoration semua done by myself.*bangga diri* wakaka! 

Wednesday, July 25, 2012

Geng Kapak!

Assalamulaikum :)


hari ni nak cerita pasal kawan.kawan baik.baik gila.gila pun tak gila camni.haha.lol!


kalau ada siapa2 yg xtau,dulu aku study dekat universiti malaysia perlis.atau org panggil unimap.dari nama pun dah tau uni ini terletak dekat perlis.siapa pernah pergi perlis angkat tangan!hehe..perlis negeri kecik yg jauhhhhhhhhh nun diutara...negeri yg jauh ketinggalan dari arus pembangunan dan permodenan.jadiii..aku nk simpulkan yg kawan akan memainkan peranan penting untuk kau menjalani kehidupan seharian...macam aku,aku ada 1 geng yg tak pernah diberi nama.yela..xkn nk bg nama..dh mcm geng samseng pulak..ye dak?hehe..



okey..so this is us..without a'a..a'a saket perot time neh~


us :)


half of us :))

boleh dikatakan 90% masa seharian aku bersama dgn diorg ni,...kitorang bercuti bersama..




Kitorang bersukan bersama....


kitorg pergi kelas/lab bersama....


kitorg makan bersama...


kitorg even pernah terkandas kat highway sebab tayar pecah bersama2...

aku cuma nk dedicate kan post kali ni untuk mereka yg tersayang,yg memberi warna kepada aku selama 4 tahun ++ dan selalu berada di samping aku susah dan senang.

Setelah graduate,kitorg terpisah...masing2 membawa haluan,meneruskan kehidupan masing2..selepas 2 tahun,mungkin kitorg akan berjumpa..soon~ sebab apa?sebab tahun ini,3 org dari diorg ni will be married!!! :DD

Special Advance Congratulations wishes from me to all of u :


pemecah rekod pertama : cik munaibah! :D
congrats my lovely, nebah and shahidan
(aku tatau nape gmbr ni xmao rotate)


congrats to my sayang, nurul aimie and anuart


congrats to my sweet ana najiha and syakir ;)

to the rest (including me), takpaaa..kita bagi akak senior jalan dulu! hihi..


Lat but not least,
Syafinaz Ali, Nurul Aimie Abd Malek, Ana Najiha Mohd, Munaibah Mokhtar, Khairunnisa Nadzri & Zuraida Awang Mat,
THANK YOU AND I LOVE U SOOOO MUCH!! ;')







Thursday, July 19, 2012

diarrhea.pfft!

Assalamualaikum :)

Korang apa khabar?hope semua sihat..tak macam aku T_T


Yer,aku tak sehat.hari ini hari kedua aku MC disebabkan food poisoning..and im suffered from diarrhea dari sup ayam yg aku makan for lunch on last Tuesday.5 org dari dept aku yg juga makan sup ayam tersebut juga telah mengalami keadaan yg sama.phew~ dept lain2 toksah cerita laa.senang kata,sapa makan sup ayam haritu,semua kena laahh!


So...These 2 days have been really messed up for me.macam2 hal terjadi.hal yg simple pun jadi complicated...*start baca lajulaju* nak pergi klinik panel xjumpa2,dah jumpa,kena hujan,time tu jugaklah blackberry boleh jatuh tengah jalan..kena hujan,dah smpai klinik,klinik tutup.klinik dah bukak,diorang kata ini bukan klinik panel company aku...macam2 hal wehhhh~ okeh smbung lagi..carik mesin atm xjumpa2,dah jumpa tergendala,pergi bank lain,kad atm xboleh akses.*okeh,dah boleh baca slowslow* bank2 kat klang ni dahla susah gila gila gila nak cari parking..dengan keadaan aku yg lesu,tiap kali makan akan keluar balik smpai aku dah bosan tengok toilet tu haa..haaa..dandan time2 ni jugakla nak ada krisis kewangan jugakk..ditambah dengan buah hati yang jauhhh dimata,tak dapat meneman disisi..wuuuu~~~ 


But when I look from the positive side,orang kata sakit itu penghapus dosa2 kecil..yeps,mungkin sempena kedatangan Ramadhan al Mubarak ini,Allah telah memberi dugaan dan ujian kepada aku...ini baru ujian kecil..aku dah merungut2..aishh..aku perlu menjadi lebih tabah dan hadapi semuanya dengan senyuman :)


Dan dikesempatan ini,aku nak ucapkan Salam Ramadhan untuk muslimin dan muslimat seluruh dunia.Semoga Ramadhan ini membawa berkat kepada semua.amin~


p.s : Jangan esok aku datang kerja,orang panggil aku lidi sudah...=.='


p.s.s: My E-Day will be held on this coming Aidil Fitri...Nervous + Excited!!! :D hope everything goes well,InsyaAllah~ 



Sunday, June 24, 2012

Booked!


Assalamualaikum

Semalam, 23 Jun 2012 family buah hati telah datang merisik.okey,memang merisik x ada dlm plan awal.plan awal adalah untuk terus tunang.tunang pun nak bagi cincin tunang  saja.tak ada hantaran,tak ada cincin risik.sesimple mugkin kalau boleh.plan lebih awal sebenarnya xnak tunang pun.terus nikah je kalau boleh.tapi,kita hanya merancang.dan seperti semua sedia maklum,proses ‘mengikat’ni melibatkan banyak pihak.jadi,tak pasal2 ada juga sesi berkenalan,sesi merisik dan sesi bertunang.haa..todiaaa! walaubagaimanapun,semua sesi tersebut berjalan dgn sgt simple and santai2 je.xdelah berpantun,berglamer bagai.eh..eh..sesi bertunang belum lagi..akan datang.soooooon! hehe.btw guys..i just wanna tell that i am officially booked by mr mohammad aizuddin b abd ghani ;)

lets the pictures describe the rest~


the ring



upacara penyarungan yg tak ada dalam plan.sungguh ayu aku disitu kan? ;p



show off cincin yang susah nak cari size =.='

Tuesday, June 12, 2012

kerja baru.hidup baru

Assalamualaikum..


Hello everyone :) okay,might be aku hanya meng-hye kepada diri sendiri sebab punyalah lamaaaaa tak bukak blog ni.punyalah lama smpai xtau blogspot dah berwajah baru pastu xreti nak klik yang mana ;p dan punyalah lama jugak x baca blog2 org lain.jadi aku pun mmg tak expect akan ada org baca entry ini.heee.anyway,lebih kurang 5 bulan lebih since the previous post kan.so,what happen to me actually?dekat previous post aku ada mention yg aku dapat kerja baru dekat meru,klang..jadi,aku sangat sangat sangat busy dengan off-line world.or i should say the REAL WORLD?huhu..Untuk kerja baru ini,aku bangun seawal 5.45am,bersiap2,quick breakfast,mengharungi jemmed dan perlu smpai ke tempat kerja sebelum 7.50am.dahlah kena masuk awal,tak ada pulak rehat minum pagi atau petang.straight kerja smpai jam 12 tengahari.dan nasib apakah yg aku terima,di tempat kerja baru ini juga aku tak boleh guna handphone / internet. =.=' then,punch out on 5.45pm,mengharungi jemmed,smpai di rumah around 6.40pm,kena memasak pula..mandi,solat,makan,perlu melayan anak buah pula..layan melayan smbil tengok tv terus tido!aihh~ what a world?!


KERJA BARU


 Kerja baru aku as Production Executive agak seronok.Tapi on the first to second week agak haru kerana agak sukar untuk aku menyesuaikan dengan keadaan yang sangat sangat berbeza.berbeza dari segala sudut.selain waktu kerja dah bertukar 360 darjah,kalau dulu kerja di bank international,untuk UK account,dah sah2 facilities memang tip top.facilities kat tempat kerja baru ni pulak bukan sahaja tak tip,tak top,tapi sangat menyedihkan =.='  then tentang colleague.kalau dulu almost everyone are fresh grads,umur lebih kurang,education level pun lebih kurang,cakap I-you tak kira umur,bangsa dan jantina.sekarang,variasi yang berbagai dan adalah sangat sangat penting untuk panggil 'kak' atau 'abang' walaupun beza umur mereka hanya setahun.kalau tak,nahasss!! hahaha :D


Untuk roles and responsibility,smpai sekarang aku masih terkial2.ramai orang kata senang je kerja production exec ni.cuma setelkan hal2 production jer...kena handle supervisor dengan leader jer..jer..jer..tak macam engineer,nak kena fikir design lah apalah..fikirlah semula banyak2,sesungguhnya,kerja dengan machine adalah lebih dan sgt2 mudah berbanding kerja dengan orang..lebih banyak perangai perlu di handle,lebih banyak hati perlu dijaga..malah lebih susah bila org yg perlu di handle tu sebaya mak nenek kita..wuuu!


Tapi walaupun kerja ini kadang2 memeningkan kepala dan boleh buat emosi terganggu,aku agak enjoy sebab boleh challenge diri sendiri dengan macam2 masalah baru.




LOVE LIFE


Di tengah2 kesibukan,masa untuk kekasih hati perlu diluangkan jugak :) Oleh sebab tiap2 weekend aku akan pulang ke banting,masa yg kami ada hanya pada weekdays.selepas waktu kerja.cukuplah seminggu mungkin sekali dua keluar makan dinner bersama.Alhamdulillah hubungan ini berjalan dengan sangat baik dan Insya Allah we will tie-the-knot soon.very soon~


Persiapan telah kami mulakan sejak 3 bulan lepas sedikit demi sedikit dan selalu mengingatkan satu sama lain untuk tidak terlalu fokus terhadap majlis yang satu itu,tapi more on life-after majlis tersebut.yes,majlis itu sekali seumur hidup tapi tiada makna juga jika tidak bertahan lama bukan?


____________________________________________________________

Oklah,aku xtau apa lagi nak ckp.sekarang memang aku dah tak berapa reti nak update blog.dhla xde gmbar baru and menarik nak share.boring isn't it?haha.oklah,letak gmbar.gmbar lama.tapi baru edit.


our.3rd.date


solemnization-dress-hunting ;)





Monday, January 30, 2012

2012 starts with a smile :)

Assalamualaikum :)

Ini post pertama untuk tahun 2012 walaupun dah nak masuk bulan february =.='

Afterall,memang banyak lah benda terjadi,yang boleh diupdate sebenarnya.jum review secara cepat dan ringkas! *sebab malas nak taip panjang2*haha

30 December 2011 lepas adalah birthday aku.pukul 2pagi hari tersebut,aku balik kerja macam biasa...keluar je dari office,lagi setapak nak smpai cab hsbc,telefon berbunyi.encik boipren kata dia ada tunggu kat luar gate.ok,muke serabut,tudung serabai tapi dah tak berapa nak kesah sebab hati gembiraa!

dalam kereta selepas berborak2 dengan topik "kenapa susah2 datang ni?", tup2, encik boipren bagi hadiah birthday :DD tengok kotak die kecik je..smbil2 bukak wrapper,aku agak die bagi jam tangan.skali abes bukak wrapper,nampak benda ni


-
-
-




tapi aku still ingat die bagi jam.saja nak bagi gempak letak dalam kotak blackberry.dengan agak terkial2 aku bukak kotak...and aku nampak ini...
-
-
-
-
-
-


serta merta aku terdiam.dlm hati "die nak main2 ke hape?"trus carik henpon die..sebab henpon die pun sama cmni jugak.then nampak henpon die ad kat dashboard.trus diam n pandang je..rasa nak nangis.serius sepanjang hidup aku,ni lah hadiah besday paling mahal aku pernah dapat!huhu.and it was my favourite phone!!!!rasa macam nak peluk2 encek boipren kat situ jugak.tapi mana boleh~ hehe

actually ada card sekali ,but let me keep by myself je card tu eh!

2hari selepas kejadian,kami keluar celebrate yg betul2 punya.yela,aritu dah hampir 3 pagi.x manis la ye takk?hee


2 hari selepas kejadian

p/s : perasan tak encek boipren ada pakai 2 baju?bju purple tu act aku yg bagi.beli sebab ad jualan murah kt dewan ape tah. ok fine,memang aku bagi brg murah2 je kat die.=.='

=============================================================================

ok,done with 2011 which was ended happily~

kite cerita pasal career pulak.

mungkin ada yang tau,mungkin ada yang tak tau aku bekerja di hsbc untuk UK account.by it means,waktu kerja dan cuti juga perlu ikut UK.kerja di hsbc memang seronok.facility tip top.kelassss kau jahh! tapi kerja untuk UK tu yang x seronok.and referred to my previous2 post,banyak kali jugak aku mengalami tekanan perasaan yang melampau.bertambah stress bile tengok kawan2 sekuliah dulu dah lama bergelat engineer,dah boleh daftar untuk Board of Engineer,tapi mengenang nasib diri kerja customer service untuk UK,memang stress!tapi apa nak buat,REZEKI MASING-MASING...

untuk itu,aku double,triple up kan aku punya usaha mencari kerja.ke sana kemari mendrop resume,semua jenis website aku terjah.paling2 dapat la jugak interview.aku kire,sepanjang aku lepas grad dlu ada dlm 20 + interview aku pergi.tapi tak lebih dari itu. :( sekadar interview saja.

emosi ups and down,down and down.tapi di kala sinar harapan kelam2,aku dapat 1 call untuk hadir interview.aku recognise number tu number area meru,klang.terus aku jangka Top Glove yang panggil.sebab haritu aku ada terjah Top Glove,diorang terus buat interview.and diorang kata akan panggil lagi skali,suruh prepare kan payslip sekali time datang kali kedua.tapi suara akak di telefon itu tak menyebut apa2 tentang Top Glove.dan nama company yg disebut itu memang aku x berapa nk recognise.

lepas tu terus check email,check company profile secara cepat sebab dah nak pergi kerja.tp sempat check sent items dekat email,takada application yg aku send tuk company tu.rasa nervous sebab diorang nak suruh esok jugak dtg interview.maka,memang aku tak sempat nk study apa2 lah kan!inform berita ni dekat family and encik boipren.encik boipren.

so the interview went well and on my way back home from the interview,diorang dah call kata I am accepted and offer letter will be ready next week!!!:DDDD

encik boipren tanya if aku memang ada apply keja kat company tu ke and aku kata rasa macam tak ada.then he said dia yang antarkan application aku on 2am,the night before the company called for interviews.okeyyyyy..and that is why I LOVE U EVEN MOREEEEE!!!

so,i resigned with 1 month notice and will be started my new work end of February nanti.hope everything will be greatt.and yes,im back to malaysia.hahaha



p/s : iyer2 kata nak tulis secara ringkas.tapi end up with berjela2.ampunn~ hehe
 
Blog Template by Delicious Design Studio