Setelah sekian lama aku berdiam diri,akhirnya aku kembali....
Di kala semua dah mulakan hari dengan penuh keazaman,aku baru kedek2 buat refleksi untuk 2015.
Basically,2015 was great.aku ada new career with new environment,our own 1st house completed,travelling & filled with so much fun activities.
However di hujung2 tirai penutup 2015,tiba2 boss nak resigned.lepas tu rumah kena masuk pencuri & last but not least,afeefa kena asma pulak.unpama kena lempang bertubi katanya!sampai tak sempat nak buat azam 2016.*pehh*
Tapi takpe,aku tahu ini menjadikan aku lebih kuat.*ayat sedapkan hati sendiri* *yelah,siapa lagi nk amek hati sendiri,kalau bukan diri sendiri* *eh,banyak pulak aku punya monolog dalaman*
Okay okay..apa la sangat kalau nak compare ujian ni dengan rakyat syiria atau saudara muslimin muslimat yang lain yang ditindas di seluruh dunia kan?
Jadi,azam 2016 ni sama jela macam azam2 tahun lepas.nak jadi hamba Allah,isteri,anak,emak,menantu,saudara,kawan yang lebih baik.supaya dapat merasa bahagia dengan memberi.ameen
Monday, January 4, 2016
Saturday, October 20, 2012
a day at ikea
Assalamualaikum
Minggu lepas aku ada amek annual leave..2 hari..baru confirm lah kata..hehe..annual leave tersebut aku habiskan dengan mencari idea nak hias bilik pengantin.serius aku bengang dengan diri sendiri sebab lately ni aku macam ada double personality.kenapa aku cakap camtu?untuk hal2 kahwin ni aku selalu gaduh dengan diri sendiri.kejap rasa nak buat sesimple mungkin..tak nak itu,ini...tapi pastu bila excited tu datang,macam2 aku nk buat..nk buat itu,nak buat ini =.=''
jadi bila excited itu dtanag,aku pun duk angkat2 katil,renovate itu ini dengan abah aku untuk ambil posisi paling sesuai, aku mula draft2 props apa yg perlu aku beli.dandan nak pegi ikea time tu jugak!lol!mula2 aku memang nak cari lampu pocong ikea yg memang agak wajib untuk letak dalam bilik pengantin.(refer gmbar kat bawah),
Lampu Pocong IKEA yg sangat2 murahh!huhu
Tapi,bila fikir2 balik.....bilik pengantin aku tu x besar mana pun.kecik coet.ini serius.lampu pocong tu plak akan amek ruang...jadi,aku cuma berfikir nk tmbah props dekat dinding jelah..sebab dinding tu putih kosong je.. dan sebab bilik aku kecik,aku fikir nak letak cermin..org kata penggunaan cermin memang akan bagi ruang nampak luas sikit kan?kan?hee..jadi,aku nak carik cermin and maybe akan gantung gambar2 jelah.tapi sebab dah niat dari awal nak pegi ikea,beli 2 barang tu je pun ngada nk pegi ikea! ;p cermin and frame yg aku beli lebih kurang cm kat bawah ni haaa..;) murah2 je~
Ikutkan hati,macam2 lagi benda aku nak bubuh..tapi....sebab bilik aku kecik je..dahla bilik itu nnt aku pnjam bilik abg aku..jadi xpayah nak excited sgt2 lahh..baik aku beli brg2 utk rumah sewa nk duduk pas kawen nnt je kan?kan?heee
us :D
Geng Kapak Re-Unite
Assalamualaikum
Previously aku ada buat entry pasal Geng Kapak {entry ini} Jadi,a day before my engagement day, Geng Kapak was re-unite.aku tau dah lama gilaa..which was almost 2 months ago..aku mmg x rajen nak apdet blog lately ni.entah apa yg busy sangat..haha..kebetulan CD gambar2 reunion lambat smpai ke tangan aku..memang bertambah2 ketidakrajinan tersebut.lol!
Dan sebab aku memang tak berapa gemar nak menaip banyak2,layan gambar je sudahhh~
at my house.bff forever! <3 font="font">3>
us :D
us again.semua gmbar sopan.dalam masjid punya pasal ;p
the bride and groom ;)
sayang korang semua!
After this,besar kemungkinan untuk kitorang berjumpa lagi adalah di majlis2 perkahwinan ahli Geng Kapak yang lain.aisshh..masing2 dah besar!T____T
Till we meet again darlings!
Love *Muaahhhhxxxx!*
Sunday, September 9, 2012
status : berdarah manis
Assalamualaikum
I just want to announce that I'm officially enggaged to Mohammad Aizuddin B Abd Ghani :)
Thanks to family members yang mengerah tenaga sebelum, semasa dan selepas majlis.
Thanks to bestfriends yang datang dari jauh, stay up tengah malam tolong buat pelamin dan tak pasal2 menjadi photoG
Thanks to jiran2 dan saudara mara terdekat yang datang memeriahkan majlis
Thanks to Radiusite dan Anggun De Sari for made me pretty ;)
And special thanks to my fiance and his family yg datang meminang
Alhamdulillah majlis berjalan sangat lancar
Semoga perhubungan ini diberkati Allah SWT dan semoga urusan kami seterusnya dipermudahkan, InsyaAllah
Sunday, August 5, 2012
Aktiviti mendulang
Assalamualaikum
Salam Ramadhan~ pejam celik pejam celik, lebih kurang 2 minggu je nak raya.kejap je tu weh!jadi,apa aku buat ujung mnggu? taraaa..
saja je nk share...nak bagitau yang dulang hntaran tuk aku punya Eday dah siap.yeayyy! :D decoration semua done by myself.*bangga diri* wakaka!
Wednesday, July 25, 2012
Geng Kapak!
Assalamulaikum :)
hari ni nak cerita pasal kawan.kawan baik.baik gila.gila pun tak gila camni.haha.lol!
kalau ada siapa2 yg xtau,dulu aku study dekat universiti malaysia perlis.atau org panggil unimap.dari nama pun dah tau uni ini terletak dekat perlis.siapa pernah pergi perlis angkat tangan!hehe..perlis negeri kecik yg jauhhhhhhhhh nun diutara...negeri yg jauh ketinggalan dari arus pembangunan dan permodenan.jadiii..aku nk simpulkan yg kawan akan memainkan peranan penting untuk kau menjalani kehidupan seharian...macam aku,aku ada 1 geng yg tak pernah diberi nama.yela..xkn nk bg nama..dh mcm geng samseng pulak..ye dak?hehe..
okey..so this is us..without a'a..a'a saket perot time neh~
us :)
half of us :))
boleh dikatakan 90% masa seharian aku bersama dgn diorg ni,...kitorang bercuti bersama..
Kitorang bersukan bersama....
kitorg pergi kelas/lab bersama....
kitorg makan bersama...
kitorg even pernah terkandas kat highway sebab tayar pecah bersama2...
aku cuma nk dedicate kan post kali ni untuk mereka yg tersayang,yg memberi warna kepada aku selama 4 tahun ++ dan selalu berada di samping aku susah dan senang.
Setelah graduate,kitorg terpisah...masing2 membawa haluan,meneruskan kehidupan masing2..selepas 2 tahun,mungkin kitorg akan berjumpa..soon~ sebab apa?sebab tahun ini,3 org dari diorg ni will be married!!! :DD
Special Advance Congratulations wishes from me to all of u :
pemecah rekod pertama : cik munaibah! :D
congrats my lovely, nebah and shahidan
(aku tatau nape gmbr ni xmao rotate)
congrats to my sayang, nurul aimie and anuart
congrats to my sweet ana najiha and syakir ;)
to the rest (including me), takpaaa..kita bagi akak senior jalan dulu! hihi..
Lat but not least,
Syafinaz Ali, Nurul Aimie Abd Malek, Ana Najiha Mohd, Munaibah Mokhtar, Khairunnisa Nadzri & Zuraida Awang Mat,
THANK YOU AND I LOVE U SOOOO MUCH!! ;')
Thursday, July 19, 2012
diarrhea.pfft!
Assalamualaikum :)
Yer,aku tak sehat.hari ini hari kedua aku MC disebabkan food poisoning..and im suffered from diarrhea dari sup ayam yg aku makan for lunch on last Tuesday.5 org dari dept aku yg juga makan sup ayam tersebut juga telah mengalami keadaan yg sama.phew~ dept lain2 toksah cerita laa.senang kata,sapa makan sup ayam haritu,semua kena laahh!
So...These 2 days have been really messed up for me.macam2 hal terjadi.hal yg simple pun jadi complicated...*start baca lajulaju* nak pergi klinik panel xjumpa2,dah jumpa,kena hujan,time tu jugaklah blackberry boleh jatuh tengah jalan..kena hujan,dah smpai klinik,klinik tutup.klinik dah bukak,diorang kata ini bukan klinik panel company aku...macam2 hal wehhhh~ okeh smbung lagi..carik mesin atm xjumpa2,dah jumpa tergendala,pergi bank lain,kad atm xboleh akses.*okeh,dah boleh baca slowslow* bank2 kat klang ni dahla susah gila gila gila nak cari parking..dengan keadaan aku yg lesu,tiap kali makan akan keluar balik smpai aku dah bosan tengok toilet tu haa..haaa..dandan time2 ni jugakla nak ada krisis kewangan jugakk..ditambah dengan buah hati yang jauhhh dimata,tak dapat meneman disisi..wuuuu~~~
But when I look from the positive side,orang kata sakit itu penghapus dosa2 kecil..yeps,mungkin sempena kedatangan Ramadhan al Mubarak ini,Allah telah memberi dugaan dan ujian kepada aku...ini baru ujian kecil..aku dah merungut2..aishh..aku perlu menjadi lebih tabah dan hadapi semuanya dengan senyuman :)
Dan dikesempatan ini,aku nak ucapkan Salam Ramadhan untuk muslimin dan muslimat seluruh dunia.Semoga Ramadhan ini membawa berkat kepada semua.amin~
p.s : Jangan esok aku datang kerja,orang panggil aku lidi sudah...=.='
p.s.s: My E-Day will be held on this coming Aidil Fitri...Nervous + Excited!!! :D hope everything goes well,InsyaAllah~
Sunday, June 24, 2012
Booked!
Assalamualaikum
Semalam, 23 Jun 2012 family buah hati telah datang
merisik.okey,memang merisik x ada dlm plan awal.plan awal adalah untuk terus
tunang.tunang pun nak bagi cincin tunang
saja.tak ada hantaran,tak ada cincin risik.sesimple mugkin kalau
boleh.plan lebih awal sebenarnya xnak tunang pun.terus nikah je kalau
boleh.tapi,kita hanya merancang.dan seperti semua sedia maklum,proses
‘mengikat’ni melibatkan banyak pihak.jadi,tak pasal2 ada juga sesi
berkenalan,sesi merisik dan sesi bertunang.haa..todiaaa! walaubagaimanapun,semua
sesi tersebut berjalan dgn sgt simple and santai2 je.xdelah berpantun,berglamer bagai.eh..eh..sesi bertunang belum lagi..akan datang.soooooon! hehe.btw guys..i just wanna tell that i am officially
booked by mr mohammad aizuddin b abd ghani ;)
lets the pictures describe the rest~
the ring
upacara penyarungan yg tak ada dalam plan.sungguh ayu aku disitu kan? ;p
show off cincin yang susah nak cari size =.='
Tuesday, June 12, 2012
kerja baru.hidup baru
Assalamualaikum..
Hello everyone :) okay,might be aku hanya meng-hye kepada diri sendiri sebab punyalah lamaaaaa tak bukak blog ni.punyalah lama smpai xtau blogspot dah berwajah baru pastu xreti nak klik yang mana ;p dan punyalah lama jugak x baca blog2 org lain.jadi aku pun mmg tak expect akan ada org baca entry ini.heee.anyway,lebih kurang 5 bulan lebih since the previous post kan.so,what happen to me actually?dekat previous post aku ada mention yg aku dapat kerja baru dekat meru,klang..jadi,aku sangat sangat sangat busy dengan off-line world.or i should say the REAL WORLD?huhu..Untuk kerja baru ini,aku bangun seawal 5.45am,bersiap2,quick breakfast,mengharungi jemmed dan perlu smpai ke tempat kerja sebelum 7.50am.dahlah kena masuk awal,tak ada pulak rehat minum pagi atau petang.straight kerja smpai jam 12 tengahari.dan nasib apakah yg aku terima,di tempat kerja baru ini juga aku tak boleh guna handphone / internet. =.=' then,punch out on 5.45pm,mengharungi jemmed,smpai di rumah around 6.40pm,kena memasak pula..mandi,solat,makan,perlu melayan anak buah pula..layan melayan smbil tengok tv terus tido!aihh~ what a world?!
KERJA BARU
Kerja baru aku as Production Executive agak seronok.Tapi on the first to second week agak haru kerana agak sukar untuk aku menyesuaikan dengan keadaan yang sangat sangat berbeza.berbeza dari segala sudut.selain waktu kerja dah bertukar 360 darjah,kalau dulu kerja di bank international,untuk UK account,dah sah2 facilities memang tip top.facilities kat tempat kerja baru ni pulak bukan sahaja tak tip,tak top,tapi sangat menyedihkan =.=' then tentang colleague.kalau dulu almost everyone are fresh grads,umur lebih kurang,education level pun lebih kurang,cakap I-you tak kira umur,bangsa dan jantina.sekarang,variasi yang berbagai dan adalah sangat sangat penting untuk panggil 'kak' atau 'abang' walaupun beza umur mereka hanya setahun.kalau tak,nahasss!! hahaha :D
Untuk roles and responsibility,smpai sekarang aku masih terkial2.ramai orang kata senang je kerja production exec ni.cuma setelkan hal2 production jer...kena handle supervisor dengan leader jer..jer..jer..tak macam engineer,nak kena fikir design lah apalah..fikirlah semula banyak2,sesungguhnya,kerja dengan machine adalah lebih dan sgt2 mudah berbanding kerja dengan orang..lebih banyak perangai perlu di handle,lebih banyak hati perlu dijaga..malah lebih susah bila org yg perlu di handle tu sebaya mak nenek kita..wuuu!
Tapi walaupun kerja ini kadang2 memeningkan kepala dan boleh buat emosi terganggu,aku agak enjoy sebab boleh challenge diri sendiri dengan macam2 masalah baru.
LOVE LIFE
Di tengah2 kesibukan,masa untuk kekasih hati perlu diluangkan jugak :) Oleh sebab tiap2 weekend aku akan pulang ke banting,masa yg kami ada hanya pada weekdays.selepas waktu kerja.cukuplah seminggu mungkin sekali dua keluar makan dinner bersama.Alhamdulillah hubungan ini berjalan dengan sangat baik dan Insya Allah we will tie-the-knot soon.very soon~
Persiapan telah kami mulakan sejak 3 bulan lepas sedikit demi sedikit dan selalu mengingatkan satu sama lain untuk tidak terlalu fokus terhadap majlis yang satu itu,tapi more on life-after majlis tersebut.yes,majlis itu sekali seumur hidup tapi tiada makna juga jika tidak bertahan lama bukan?
____________________________________________________________
Oklah,aku xtau apa lagi nak ckp.sekarang memang aku dah tak berapa reti nak update blog.dhla xde gmbar baru and menarik nak share.boring isn't it?haha.oklah,letak gmbar.gmbar lama.tapi baru edit.
our.3rd.date
solemnization-dress-hunting ;)
Monday, January 30, 2012
2012 starts with a smile :)
Assalamualaikum :)
Ini post pertama untuk tahun 2012 walaupun dah nak masuk bulan february =.='
Afterall,memang banyak lah benda terjadi,yang boleh diupdate sebenarnya.jum review secara cepat dan ringkas! *sebab malas nak taip panjang2*haha
30 December 2011 lepas adalah birthday aku.pukul 2pagi hari tersebut,aku balik kerja macam biasa...keluar je dari office,lagi setapak nak smpai cab hsbc,telefon berbunyi.encik boipren kata dia ada tunggu kat luar gate.ok,muke serabut,tudung serabai tapi dah tak berapa nak kesah sebab hati gembiraa!
dalam kereta selepas berborak2 dengan topik "kenapa susah2 datang ni?", tup2, encik boipren bagi hadiah birthday :DD tengok kotak die kecik je..smbil2 bukak wrapper,aku agak die bagi jam tangan.skali abes bukak wrapper,nampak benda ni
-
-
-
tapi aku still ingat die bagi jam.saja nak bagi gempak letak dalam kotak blackberry.dengan agak terkial2 aku bukak kotak...and aku nampak ini...
-
-
-
-
-
-
serta merta aku terdiam.dlm hati "die nak main2 ke hape?"trus carik henpon die..sebab henpon die pun sama cmni jugak.then nampak henpon die ad kat dashboard.trus diam n pandang je..rasa nak nangis.serius sepanjang hidup aku,ni lah hadiah besday paling mahal aku pernah dapat!huhu.and it was my favourite phone!!!!rasa macam nak peluk2 encek boipren kat situ jugak.tapi mana boleh~ hehe
actually ada card sekali ,but let me keep by myself je card tu eh!
2hari selepas kejadian,kami keluar celebrate yg betul2 punya.yela,aritu dah hampir 3 pagi.x manis la ye takk?hee
2 hari selepas kejadian
p/s : perasan tak encek boipren ada pakai 2 baju?bju purple tu act aku yg bagi.beli sebab ad jualan murah kt dewan ape tah. ok fine,memang aku bagi brg murah2 je kat die.=.='
=============================================================================
ok,done with 2011 which was ended happily~
kite cerita pasal career pulak.
mungkin ada yang tau,mungkin ada yang tak tau aku bekerja di hsbc untuk UK account.by it means,waktu kerja dan cuti juga perlu ikut UK.kerja di hsbc memang seronok.facility tip top.kelassss kau jahh! tapi kerja untuk UK tu yang x seronok.and referred to my previous2 post,banyak kali jugak aku mengalami tekanan perasaan yang melampau.bertambah stress bile tengok kawan2 sekuliah dulu dah lama bergelat engineer,dah boleh daftar untuk Board of Engineer,tapi mengenang nasib diri kerja customer service untuk UK,memang stress!tapi apa nak buat,REZEKI MASING-MASING...
untuk itu,aku double,triple up kan aku punya usaha mencari kerja.ke sana kemari mendrop resume,semua jenis website aku terjah.paling2 dapat la jugak interview.aku kire,sepanjang aku lepas grad dlu ada dlm 20 + interview aku pergi.tapi tak lebih dari itu. :( sekadar interview saja.
emosi ups and down,down and down.tapi di kala sinar harapan kelam2,aku dapat 1 call untuk hadir interview.aku recognise number tu number area meru,klang.terus aku jangka Top Glove yang panggil.sebab haritu aku ada terjah Top Glove,diorang terus buat interview.and diorang kata akan panggil lagi skali,suruh prepare kan payslip sekali time datang kali kedua.tapi suara akak di telefon itu tak menyebut apa2 tentang Top Glove.dan nama company yg disebut itu memang aku x berapa nk recognise.
lepas tu terus check email,check company profile secara cepat sebab dah nak pergi kerja.tp sempat check sent items dekat email,takada application yg aku send tuk company tu.rasa nervous sebab diorang nak suruh esok jugak dtg interview.maka,memang aku tak sempat nk study apa2 lah kan!inform berita ni dekat family and encik boipren.encik boipren.
so the interview went well and on my way back home from the interview,diorang dah call kata I am accepted and offer letter will be ready next week!!!:DDDD
encik boipren tanya if aku memang ada apply keja kat company tu ke and aku kata rasa macam tak ada.then he said dia yang antarkan application aku on 2am,the night before the company called for interviews.okeyyyyy..and that is why I LOVE U EVEN MOREEEEE!!!
so,i resigned with 1 month notice and will be started my new work end of February nanti.hope everything will be greatt.and yes,im back to malaysia.hahaha
p/s : iyer2 kata nak tulis secara ringkas.tapi end up with berjela2.ampunn~ hehe
Tuesday, December 27, 2011
busy as a bee..buzz..buzz
Assalamualaikum
sepanjang 2 minggu selepas aku bertraining (previous post) was really hectic.4 orang meng-resign secara tiba-tiba,sorang kena tarik pegi dept lain dan 4 orang coreleave serentak.balance orang yg tggal dlm dept aku cuma around 7-8 orang.maka aku bekerja dari 2 petang smpai 2 pagi setiap hari.12 jam sehari.serius,aku hampir jadi gila.setiap hari aku bangun,makan tengahari,pergi kerja,tidur......dan seterusnya.keadaan ini betul2 mencipta sejarah hsbc bila 1000 kes yang tak terbuat dalam sehari.(selalu around 400) tapi aku tersangat bengang tak terkata bila bos buat briefing,nak tnya lagi kenapa volume boleh jadi banyak macam ni..?!serius lah bos,cuba bukak mata tu besar2 sikitt!!tak reti2 nak hire staff baru.aishhhhh!>.<
di kala2 stress melampaui batas ni jugak,aku diuji dengan kehadiran orang psiko.someone from my past.someone who had promised to marry me but turns out to be a liar,someone yg blagak to be mr-know-it-all..macam tak ada kerja lain selain nak meyakitkan hati perempuan (aku tau bukan aku sorang je kena) it is really not my type nak wat post maki2 orang.tp memang kau dah melampau..x cukup kau sakitkan hati aku,menipu,mencurang while we are together.dah break up plak sempat menfitnah aku dekat kawan2 aku.diulangi,kat kawan2 aku.klu kat kawan2 kau tak apa lah jugak. eh,jap..kau ada kawan ke?semua kawan facebook je kot!=.=' org kata,some people come into ur life as a blessing & others come into your life as a lesson.well, u really are my biggest lesson ever!
okey2,aku perlu kawal perasaan...better aku stop before keluar cacian dan makian yang kurang elok didengar..huhu..sekian saja sesi luahan perasaan harini.baik pergi mandi,solat tenangkan perasaan.huhu
p/s : seriously, need a vacation.
Thursday, December 8, 2011
ambil mudah
Assalamualaikum
Core leave aku dah habis.jadi,aku mula bekerja semula jumaat lepas.half day.smpai2 je kt meja,ada sorang senior inform yang aku kena attend training on monday to wednesday,8am-4pm.perghh.best gilerrrr!xpayah buat kerja lagi!and the best part is the training is on normal malaysia working hours!waaa.weee.wuuu.
but the 'haru' part is,senior tu kata suruh jumpa dia before balik for further information.tapi,aku balik on 2am,dia dah balik.aku wat rilek je sbb kwn2 aku ramai dh pergi the same training.tanya diorg jela nnt.bkn susah pun.lek2 je sudah *dlm fikiran aku*
so,on sunday i jst sent a brief msg "weh,ko training aritu ktne?kui 8 an?aku xtau ape2 info" and replied with a brief yet informative "room 3.7.kul 8.xpe,trainer msti dh smpai b4 8"
dengan penuh confiden di dlm dada aku pergi tggu depan room 3.7 pukul 7.50am.oh yer,before tu aku sempat singgah level 1.saja tengok meja kerja aku.ada sorang perempuan dtg tanya kt mana room 1.1.aku tnjuk dgn sopan santun before aku heading to level 3.tup2,smpai 8.10am,xde siapa kat room 3.7.aku dh mula musykil.telefon rakan sekerja,bos,semua x angkat.ke hulu ke hilir.naik turun lif.xtau nk buat apa.ingt nak balik je.tp klu balik mesti kena datang keja plak.aishhh.tetiba teringat perempuan tnya room 1.1 tadi.ok,mari cuba nasib.ketuk2 pintu,semua org pndang.
lady : "yes,can i help?"
aku : "ermm..i got a training today but im not sure...er,i got an information that the training is at room 3.7.but nobody there"
lady : "u r going for what training?"
aku : *gulp.apa nama training tu?????*
lady : "do u know the trainer's name ?"
aku : *waaaaa.nak balik je boleh tak?*
aku : "ermm..im not sure.." *sambil ternmpak perempuan yg tnya aku td,tetiba je aku teringat kwn aku pnah kata trainer tu nama anitha* "er,r u anitha?"
lady : "yes come in.we r just strtaed..blabla.."
terus rasa mcm Allah betul2 bg petunjuk kat aku through perempuan itu.btw,perepmuan itu bernama humaira dan kami terus jadi kwn baik sepanjang training 3 hari..heee!
lesson learnt : jangan nak ambil mudah je semua perkara okey~
p/s :lately mmg mls nk amek gmbar.lately jugak mls nk amek tau hal org lain sgt.adakah ini tanda kematangan? atau lanjut usia? hahaha
p/s/s : ahad lepas encik bf datang rumah untuk sesi temubual Meet The Parent *wink2* although encik bf terpana,terkujat dengan semua soalan2 cepumas dlm sesi temubual tersebut,The Parent memberi kredit dengan jawapan2 ikhlas yg telah diberi.yeayyy! <3 u moree!!
Thursday, December 1, 2011
core leave
Assalamualaikum
Salam Maal Hijrah (mungkin agak terlewat)
Hari ini hari terakhir aku bercuti.cuti apa tu?core leave.bukan hardcore.tapi core leave.
apemenda core leave ni?aku tau x semua company ada core leave ni.malah,aku rasa mcm tempat keja aku je ada..hahaha..core leave ni cuti selama 10 hari berturut2 tidak termasuk weekend.amacam?best tak best?tp malangnya aku dapat cuti 9.5 hari.jadi esok kena masuk half day =.='
sekali dengar memang macam best core leave ni.tapi taklah best sangat pun.bukan aku tak bersyukur ye kawan2..sebab apa aku kata tak best?okey,cuti tahun aku ada 21 hari termasuk public holiday.diulangi TERMASUK.jadi 21-9 =12 hari.10 hari core leave.jadi leave yg tggal ade berapa kawan2?2 hari!yaaa..2 hari je aku boleh amek cuti sepanjang tahun.
dan core leave selama 2 minggu (to be exact) betul2 melemahkan otak dan boleh buat aku lupa jalan ke tempat kerja.boleh buat aku lupa password pc.lupa nk speaking dgn customer UK dgn cara yg berhemah.dan confirm aku terkial2 nk start semula esok.damn!
jadi,apa yg aku buat sepanjang core leave selain melancong ke paris,new york dan dubai?haha..ingat aku anak dato' ke apa??afterall,i spend my whole leave being surronded with my loved ones.ohyeah~ :D family akak balik,anak2 buah..tak lupa juga 'dating' habis-habisan bersama encik boifren.hik!*sebut bf je,automatik tuka mode gedik ;p*
terdapat juga beberapa krisis terjadi sepanjang 'percutian' ini.standard la kan.hidup siapa takde masalah?klu takde tu yg bahaya kot.sebab tu mungkin Allah lupa kt kita.haa!untuk siapa2 yang terlibat dlm krisis ini,*u know who you are* mintak maaf dan semoga apa yg terjadi ini takkan bg effect ke ats persahabatan yg terbina selama ini.aku percaya semua orang terasa tapi semua memendam rasa.hope everything will be alright and hope that when we think about it again,we will laugh at this matter .semoga semua org berbahagia.dunia akhirat.amin~
Monday, November 7, 2011
eidul adha with love
Assalamualaikum
selamat hari raya aidil adha untuk semua muslimin muslimat
so,how was your raya?anything extraordinary other than watching sad and heart-touching movies? ;p
as for me,this year aku ada buat korban.1 bahagian.act aku tatau pon until a few days ago.ayah aku yg bg nama.and bayarkan.wuuu~ ayh aku kata sebab selama ni pun aku yg bayarkan bil2 kt umah ni.*ntah ape kaitan pun aku tatau* btw,untuk lebih afdal,org yg berkorban mesti ada di sisi haiwan yg terkorban tu
other than that,hari raya haji diisi dengan berborak bergossip dengan kazen mazen,tengok cerita sedih dekat tv,makan,makan,makan,makan dan tido selepas setiap kali makan.oh yeah!
sehari sebelum raya,i received a surprise and "a-heart-in-an-envelope" from a special guy.a super duper bestest friend (was).cute sgt2!so,i guess i'll keep that little tiny heart as long as u keep mine ;) tqvm!
Wednesday, November 2, 2011
starting new
Assalamualaikum
tadi online macam biasa..bukak facebook..newsfeed..tengok ada kwn updet blog die..
*klik*
oh my god.i miss this!i miss blogging!i miss reading blogs!!
terus wonder why i am not doing this anymore.
ada banyak sebab kot.tp most of them is because i expect too much (eh,ape kaitan?)
yes,aku expect mcm2 dlm hidup ini.jadi,bile x menjadi,aku sgt sgt sgt kecewa.bile dah kecewa,semua benda x menjadi.semua mood hilang.rasa x bersyukur sentiasa.apetah lagi mood nak menulis blog.rasa mcm x perlu kot tulis about my failure all the time?mcm itulahh..
but at some point,when i lose almost everything,i decided not to expect and compared again.yes,stop expecting too high and stop comparing is one of the keys to happiness.bersyukur dengan apa yg ada.yakin dengan rezeki yg Allah tentukan.percaya rezeki tiap org lain2.hati akan jadi lebih tenang,kadar stress serta kedut2 d muka juga turut berkurangan.
in case ada org yg tertanya2 about my previous entry, (my wedding theme).biar aku clarify yg wedding tersebut cancelled.eh,bukan cancel.tp postpone..postpone smpai jumpa calon suami yg baru.kecewa?beribu sesalan kot!dengan berbagai2 lagi benda dlm hidup ni aku masih terhegeh2 nak capai,Allah beri lagi aku dugaan sehebat ini..tp disebabkan tu jugak lah membuatkan aku tersedar (refer perenggan sebelumnya)
sekarang hidup lebih tenang....im become myself again...and yeayy..welcome back to blogging!wink ;)
Happiness is like a rainbow.sometimes we can only see it after we've shed enough tears in our cloudy days - by : unknown
Tuesday, May 24, 2011
colour theme
Assalamualaikum
Hye kawan2~ just a quick update.currently tengah pening nak pilih colour theme tuk my wedding (my side) yer,korang memang x salah dengar..aku nak kawen!!!! ;p at his side,dah awal2 lg die plih gold..so,aku je sorang2 duk pening neyh.so,tolong suggest tuk aku bole?pls~~~ hihihi..
my favourite : purple.violet.lavender
OR
his favourite : turqoise.baby blue.beach
( totally his fav : blue + gold )
on his side ; gold.chrome.brown
*all img from Google
Sunday, May 8, 2011
Rajukku bukan mainan
Assalamualaikum..
xsangka dah lebih 4bulan aku x update blog.bukan je x update.intai2 jap the rainbow ni pon x.bukan takat the rainbow,tah segala hape blog lain yg ada pon langsung aku x menyinggah.ya,rajukku kali ini bukan mainan. ;p (macamlah ade org lain perasan pon =.=')
but afterall,my life hasn't change much..although theres a lot of things happened..still..while others moving forwards,seems like Im the only one step backwards.......
Friday, January 7, 2011
2011 bermula dengan 1 kepastian
Assalamualaikum :)
Rasanya ini entry pertama untuk tahun baru.dah tak berapa baru mungkin.sudah enam hari di tahun baru.banyak sebenarnya aku nak berlari2 tulis post.tapi apakan daya,ence' berok aku ini sangat mengecewakan.sgt3 lah lembab!kelembapannya lantas membunuh segala keinginan untuk menge'post' entry di hari jadi dan di awal tahun baru.dan tak lupa juga ada segmen2 yang aku nak join tapi terlepas tarikh.aish,perkara itu mmg selalu sgt terjadi kt aku lately ni ;p berangan nk join segmen macam2.tengok2 da terlepas tarikh tutup. =.=' tapi ini bila dah laju,aku dah tak tau nak tulis apa.taktau nk tulis event yang mana satu.rasa dah lemau.dan pulak ditambah dengan 1 news yg aku baruuuuuu je dengar tadi,memang hilang semua mood.memang rasa down.sangat.rasa nak nanges *dah nanges pun* rasa hampa,kecewa gila!itulah dia sebiji sebuah kepastian.satu sebab untuk aku terus melangkah tanpa menoleh.lagi.dan dikeheningan malam ini,aku cuma nak post sebuah puisi lah sangat *chehh,ayat nk drama aje ;p*
People have scars. In all sorts of unexpected places.Like secret road maps of their personal histories. Diagrams of all their old wounds. Most of our wounds heal, leaving nothing behind but a scar.But some of them don't. Some wounds we carry with us everywhere and though the cut's long gone,the pain still lingers~
p/s : oh,ini tidak baik untuk memulakan tahun baru.syuhh2!pergi jauh2!
Ya Allah,berikan aku kekuatan.Sesunnguhnya,aku hanya hamba-Mu yang lemah.
Wednesday, December 29, 2010
Majlis Untuk Baby
Assalamualaikum :)
Minggu lepas beberapa hari tidak dapat berada di atas talian.cheh,saje nak bg nampak ayat tu macam panjang kan ;p. aha,sebab dah x dapat online,rainbow pun x terhapdet.nak berlari2 ke blog lain pon x sempat. dan bila dah dapat online ni,rasa macam banyak gila benda dah tertinggal. penat woo nak kejar2 blog2 lain.fuhhh!cemana ek depa bole hapdet belog sehari sampai 2-3 entry?tabik spring la weh! *bagi ombak* eh,sebab apa agaknya ye 'aku si penganggur' ni busy sangat? iyer,sebab jumaat lepas (24th Dec '10) ada majlis cukur jambul & majlis berendoi untuk baby arif naufal.dan semestinya aku salah seorang orang kuat untuk majlis itu.malas nak cita banyak,jum ushar gamba! wee!! >.<
The Props
The Foods
The Baby :)
*Tengok betapa nyenyaknya dia tdo dalam buaian berbunga2 sambil didodoi dengan Dendang Siti Fatimah!*
The Ceremony
*Bahagia diapit dua2 nenek*
The Souvenir
Subscribe to:
Posts (Atom)
































